Thursday, January 6, 2011

.qum.

Sesungguhnya..
kebenaran TIDAK akan memimpin,  
kebaikan TIDAK akan tersebar, 
keadilan TIDAK akan tertegak,   
panji-panji kemuliaan akan jatuh
dengan wujudnya
orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia
dan
orang-orang yang bersifat riya’
yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar
mereka menjadi buah mulut masyarakat, 
dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk.
.
Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan …
orang-orang yang ikhlas,
yang berpegang teguh dengan prinsip,
yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.
 
Mereka adalah orang-orang yang
berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.

~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui"
9:41

Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, 
tapi melakukannya itu susah sebab itu x ramai orang melakukannya, kan?

No comments:

Post a Comment

inspiring words