Wednesday, March 16, 2011

.secreto.

kalau benci, lama-lama boleh timbulkan rasa sayang
bila dah sayang, lama-lama akan timbul rasa rindu pula
kan?

semalam, dapat satu mesej dari makaronah makaroni
dia yang suruh saya gunakan nama ni, instead of her real name ;)

“akak,I passed by ur blog n stopped for awhile to drop my message there…”

“oh, I have read your message. Jeles ea adik sayang?”

siapa yang x jeles
2 3 post pasal ALIANS, baru sekali saya nominate nama dia
******* si budak nakal
macam mana si secreto boleh tahu pasal kewujudan blog ni
musykil..musykil..
dah cuba godek-godek dia nak tahu siapa empunya pembuka cerita,
but unlucky sampai sekarang pun she still kept her secret
alahai..

so kali ni,
akak memang nak buat entri khusus untuk awak
moga-moga nanti awak akan buka cerita itu, okeh?
wink!

sudah 2 hari kan kita calling-calling sampai lewat malam
cerita pasal itu, pasal ini
gelak-gelak
usik-usik
bertukar-tukar cerita lagi
ketawa lagi
Oh! saya atau kamu yang dah angau?

bercerita pasal kecemburuan dalam bersahabat ini
suka sekali saya nak petik satu kisah
semoga ia menjadi pedoman untuk kamu dan lebih-lebih saya

saya sangat3 cemburu dengan kisah Ikrimah
beliau sangat menjaga itsar dalam bersahabat

satu kisah yang sangat heroik terjadi pada saat perang Yarmuk
Ikrimah bin Abu Jahl seorang mujahid bersama dua sahabat yang lain terbaring dengan luka-luka sangat parah
ketika seorang sahabat hendak memberinya minum, ia menolak dan menyuruh air itu diberikan ke teman di sebelahnya
ketika air itu akan diberikan kesebelahnya, orang tersebut juga menyuruh diberikan lagi ke sebelahnya pula
Ia memilih mengalah pula pada saat-saat yang penting tersebut
namun orang ketiga yang dimaksudkan sudah meninggal, ketika kembali lagi si pemberi minum ke sahabat yang tengah, ternyata ia sudah syahid juga 
dan ketika beranjak ke Ikrimah, ia pun telah syahid 

see...hebatkan nilai ukhwah mereka?
saya pun nak jadi macam tu
bermula dari salamatus sodri – berlapang dada dengan sahabat-sahabat,
kemudian ithar- melebihkan kepentingan sahabat daripada kepentingan peribadi

“Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka baik), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”

huhu.. 
susah kan nak tanam perasaan yang paling last tu?
yang first tu pun belum tentu saya dah ada
tapi, itulah tingkatan ukhwah
baru terasa salah satu halawatul imannya
“berkasih dan bercinta dalam bersahabat semata-mata kerana Allah…”

Sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
[Riwayat Muslim]

awak,
saya nak awak tahu,
ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta,
bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala, 
tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah

moga Allah kasih akan tautan kita ini.
post ini juga ditujukan buat : munirah sayang, nisa comey dan kamu yang busyuk-busyuk ;)

No comments:

Post a Comment

inspiring words