Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
.pengurusan.
(HR al-Hakim)
24 jam sehari itu cukup!
apa yang membezakan kita adalah
bagaimana kita menguruskannya?
"x cukup masa.."
"saya sibuk.."
semuanya bukan alasan
kerana,
semuanya bergantung di pundak kita sendiri
dengan izinNYA
bukan orang lain
yuk!
kita 'manage' masa leklok..
Sunday, July 18, 2010
.sementara.
sementara?
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (al-Hadiid: 20)
cintakan dunia dan takutkan mati?
“Di jadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah, ‘Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Ali Imran: 14-15)
mode : muhasabah diri
Saturday, July 17, 2010
.wanita.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya...
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".
(surah al-Ahzab_33)
ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...
--------------------------------------------------------------------------------
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...
Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...
Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...
Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
Ibnu Aminah aljuhury..............
Thursday, July 15, 2010
.tertambat.
[Riwayat at-Tirmidzi]
mudah untuk ditutur berbanding mengatur kaki ke sana
"nak pergi masjid x?"
"x kut..ada assignment laa.."
sedih
bilamana hanya ada segelintir daripada kita
hanya datang ke masjid apabila program
bilamana makanan disediakan dia akhir program itu
"malam ni ada program kat masjid kan..mesti ada makanan. nak pergi laaa"
lenggang
tidak diimarahkan
tidak mahu menunding jari kepada orang lain
cuba koreksi diri
tiada lagi makna di sebalik istilah ustaz-ustazah
bila direnung, difikir kembali..
"rasa rugi x pergi.. da la ada tazkirah tiap-tiap kali lepas maghrib.."
alhamdulillah..dapat menambahkan makanan rohani d(*,*)b
"budak tu budak masjid kan?"
tiada istilah melebel. tapi benarlah kata orang, ukhuwah satu aqidah itu terbentuk bila tali mahabbah fillah dibentuk di sana ^_^
bukan mahu mengata
cuma mahu mengingatkan diri
syukur atas hidayah Allah
moga Allah tidak tarik nikmat 'manisnya berada di masjid' dan bumi tarbiyyah ipis ini
alhamdulillah..
Wednesday, July 14, 2010
.1407.
^_^
‘…merasa erti persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT,bebas daripada apa2 kepentingan duniawi.Indahnya anugerah persahabatan itu terlalu bernilai…’
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah.Ingin memetik sebuah kisah Rasulullah.Betapa Rasulullah adalah contoh teladan yang baik kepada para sahabat.
Kisah Rasulullah dan Limau
Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.
"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali
Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis arbain yang ke 13:
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra.,pelayan Rasulullah saw,bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas dapatlah di fahami betapa pentingnya kita menyintai saudara kita sendiri,lebih2 lagi sahabat kita yang bersama2 dalam kehidupan kita.Mungkin hari ini kita tak memerlukan sahabat kita.Tapi esok,luse siapa tahu di saat kita dalam kesusahan,kesedihan sahabatlah yang menjadi tempat mengadu.
Mungkin dalam mengejar cita2 dan sibuk dengan tugas2 seharian,kita lupa untuk menunaikan hak sahabat kita.Pernahkah terfikir mungkin ada sahabat kita yang pernah berkecil hati dengan kita?Mungkin perlakuan kita?perkataan kita?sampai hati kita berkata sesuatu yang boleh melukakan hati sahabat kita
Pernah tak dengar ayat ni?
‘Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya’
Pernah tak terfikir yang selama ini kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang tak baik buat sahabat kita?Kesian sahabat kita..Jadi mulai saat ini marilah kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang paling baik buat sahabat2 kita!
Suatu ketika seorang Sahabat bertanya Rasulullah saw,'Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?'
Jawabnya:'Seorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt,apabila kamu dengar percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam bertambah,apabila kamu melihat kelakuannya,kamu teringat kepada kehidupan akhirat'
selamat ulang tahun perkenalan kita yang ke dua
uhibbukum fillah. abadan abada.
[break the bricks]
^^
.dihitung.
(Imam Malik)
Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit,
kerana syurga itu manis…
"berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..
janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan"
[Imam As-Syafie]
Sunday, July 11, 2010
.gundah.
jauh sekali nak mengadu atau membuka aib antara kita
tapi, adakah..
awak marahkan saya?
awak berkecil hati dengan saya?
dan
kenapa mesti kita bermasam muka?
hari ini, kita..
diam tanpa sepatah bicara
kelu seribu bahasa
bagai belum pernah bersua
hatiku gundah
hari yang selalunya indah terasa kelam dan suram sekali
biarpun bintang menghiasi langit
biarpun alunan indah mengiringi pekatnya malam ini
jika benar aku yang salah,
sejuta kemaafan dipohon
aku hanya insan lemah
sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula diri yang serba hina dan kerdil ini
sesungguhnya,
aku hanya hamba Ilahi
pinjaman daripada Yang Abadi
asifi!
"T.T"
ana uhibbuki fillah. lillah.
kekuatan itu perlu dicari, bukan untuk ditunggu
***********************
Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkanlah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa.
.suci.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu suci bersih dan Allah tidak menerima kecuali yang suci bersih jua”.
Allah berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’
Allah juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’
Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya? Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah.
Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata,
“Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.”
(Dari buku ‘Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran’ oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
.pijah.
sori pijah..lambat jwb tag..
baru ada kesempatan
^^
soalannya..
jeng!jeng!jeng!..
1. Go to y0ur ph0t0 file, select the 8th f0lder...
x nampak?
1
.
2
.
3
zoom in!
restoren amir. otw balik dari lopo~
hahaha..
mesti pelik kn?
folder bukan maen nama KURSUS TARANUM..
tapi, gamabr kat kedai makan..
d(>_<)b sebenarnya sume gmbr yang ada dalam folder ni telah di'bluetooth' dari enset syafiq haritu, nak mudahkan keje, saya add on sume gambar yg diambil dalam satu folder tu yg jadi campur-campur tu ^^
3. Then challenge 8 bl0gging friends t0 d0 the same
chiq
ain najwa
atiqah solehah
najmi
farehah
kak nadiah
tim usrah
adlin
nazrin
dan terlebih satu..
[special case]
zay jiran depan bilik
Saturday, July 10, 2010
.27 rejab.
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.
***********************************
Sama-samalah kita mengharapkan agar amalan-amalan di dalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. Maksudnya ;
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Zalzalah: 7-8)
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."
Friday, July 9, 2010
.waiting.
keep counting till the end!~~
^_^
************************************
"salam. kakak tdo dah? umi said yg kakak nak datang.. ek?
"da tdo da ke x bls msj.. sori. abg pinjam ph kwn. xleh lama. len x abe kol.."
sedih.x sempat nak bls.
silent.
agpun, smlm ada usrah.
huh!
x sabar menunggu jumaat depan
insyaALLAH kita jumpa nanti
Thursday, July 8, 2010
.bisikan.
ya ALLAH,
aku mohon..
Engkau kuatkanlah aku yang lemah ini!
Tuesday, July 6, 2010
.hemofilia.
kamu?
^^
hari ini dalam sejarah.
-saya buat blood donation! untuk kesekalian kalinya..^^
hari ini bina insan guru.
-dan kami kena marah-marah! T.T''
at first,
berbelah bahagi gak..
nak ke x nak?
x nak ke nak?
bila nak lagi nak wat kalu bukan sekarang?
saya bukannya takut jarum..
takut gak,
tapi ada satu masalah yang lagi besar iaitu
saya seorang hemofilia!
darah susah nak berhenti bila dah mengalir
lambat..
luka sikit pun akan ambil masa yang lama untuk blood clotting..
boleh baca sini dan sini untuk maklumat lanjut
meja 1
berat. jenis darah.
LEPAS
nurse ada ketip hujung jari untuk cek jenis darah. darah yg sikit tu pun susah nak brenti. cuak gak. takut nati ada pape terjadi.. tapi, saya 'on' je.. mencuba nasib..
darah saya : AB ^^
meja 2
tekanan darah. soal-selidik.
LEPAS
doktor ada tanya..
"kamu ada apa-apa penyakit?"
"ada ambil apa-apa ubat?"
sumanye saya jawab TIDAK.
huhuu~~
meja 3
terus daftar dan queue untuk derma darah
tem ni, baru rasa cuak.
berdebar-debar yang semacam.
berbeza pula situasi di dalam bilik menderma..
saya dan beberapa orang rakan telah dimasukkan secara kumpulan since tem tu almost semua kerusi telah kosong
kiranya saya lead la kepada mereka
kerusi pun paling hampir dengan pintu
hehehe~~
operasi bermula
first, nurse tu jatuhkan kerusi dan letak satu bakul atas kaki saya
dalam bakul tu ada macam-macam barang
gunting, ketip apa ntah, dan yang penting jarum yg besar itu!
bila da siap semua proses-proses tu,
dia suh saya genggam-buka-genggam tangan
kira main-main la..
supaya x terasa sangat kebas
tiba-tiba,
rasa mencucuk-cucuk kat bahagian keluar darah tu
"nurse, kenapa rasa sakit ek?"
"pedih x?"
"agak laa..."
dia pun dengan selambanya mengerak-gerakkan jarum tu.
masuk-keluar-masuk.
ahhhh!
sabar..sabar...
"umm, pelik la darah kamu ni..."
seketika kemudian,
"nurse, x penuh ag ke 'beg' saya?.."
"x... kenapa la yg kamu ni lama sgt ya??.."
mana x lamanya.
kumpulan yang masuk bersama-sama saya tu semuanya da keluar
tinggal saya sorang je..
huhuhu~~
sampai ada 2 3 orang kat luar pun pelik dan tanya..
"eeffah x abes-abes ag ke?"
"banyak ngat darah ye sampai x klua ag..."
"biar betul...lama ngat eeffah kat dalam tu..."
hakikatnya...
darah saya stuck!
dia macam ngajuk-ngajuk je x nak keluar
tem tu timbul satu persoalan di fikiran saya...
masa tem pam darah tadi, alhamdulillah sempat habiskan asas sepuluh. dengan harapan darah yang didermakan itu akan diberkati. amin. tapi,, kenapa dia x nak keluar ek? ada apa-apa ayat ke yg menghalangnya? seingat dan sefaham saya, kalau baca lau a'nzalna (al-hasyr)- tu ayat nak suruh keluarkan atau pecahkan. kalu bab berhenti ni, baca tab badtiyada (al-masad)..tp, lam asas sepuluh tu, ada lau a'nzalna je..sepatutnya darah tu akan mengalir keluar-tanpa-henti.. ishk!ishk! musykil..musykil..
dan buat kali ke duanya,
nurse tu menggerak-gerakkan lagi jarum besar itu!
waaaaa.....sakit..
"adik, genggam sikit lagi. kita penuhkan 'beg' ni"
"haahhhh???"
nak x nak..
saya ikut la arahan nurse tu
genggam-buka-genggam
tiba-tiba...
"ehh..dik. dah-dah. asenye ade problem neh"
"knape?"
"darah kamu memang da xnak keluar. ni pun da bocor..."
"ya?"(tanya mcm budak kecik)
terus nurse tu amek gunting dan potong wayar-wayar berkenaan
dan pergi 'timbang' darah
"ooww.. sikit je ag. baru 400ml"
sepatutnya 450ml..triple bag..
dalam hati..
xpe la nurse. da x tahan. mana x nya...
maen tarik-masuk-tarik jarum tu
sampai lebam-lebam dan pitam saya!
sob23...
orang paling lama pun ambil masa 15-20 minit untuk derma darah
tapi saya?
45 minit..
hahahaha~~~
pening-pening lalat.
loya tekak.
penat.
rasa letih dan lenguh-lenguh badan
tapi,
langsung x mematahkan semangat saya untuk turun lawan netball ngan lecturer tadi...
aiseh!
naseb bek da pitam tem last gol..
kalu la pengsan awal-awal..
sape nak angkat saya ya??
lalalala~~
note : penat sangat, tapi x leh tido..++
Monday, July 5, 2010
.praise.
bila satu ketika tu
sedang khusyuk mengalunkan kalimah suci kalamullah sambil tadabbur beberapa ayat
tiba-tiba,
terasa seperti ada orang sedang memerhatikan kita
berhenti dan berpaling untuk lihat sekeliling..
tidak ada apa yang menarik
ah!mungkin perasaan cuma
bacaan disambung
dan datang seseorang di depan anda
"sedap dengar adik mengaji.."
mata bertentang mata
dan dia pun berlalu pergi.
apa perasaan anda?
bangga?
terasa seperti mahu 'mendayu-dayukan' lagi bacaan?
atau...
menangis?
kerana dia sebenarnya secara x sedar telah menghantar kita ke neraka?
sebelah kaki di neraka..
dan sebelah lagi di syurga..
allahu akbar!
p.u.j.i.a.n
manusia mana yg x suka apabila dipuji?
makin dilambung, makin tinggi yg diharapkan..
tapi,
ketahuilah diri
taktala kita dipuji itu,
Allah sebenarnya telah menutup segala keaiban kita
“Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”.
(HR. Al-Bukhari)
ya!
Allah itu Maha Pemurah
Dia telah mengekang mata-mata luar daripada melihat keaiban kita
keburukan kita
dengan menunjukkan perkara-perkara yang baik sahaja
subhanallah
alhamdulillah
allahu akbar
"Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku atas apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. (Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan)."
Sunday, July 4, 2010
.saman.
"waalaikumussalam.."
"umm... rumate kata umi kol. bakpe? sori ya.. td g perjumpaan.."
"xde mende pun. saja nak bgtaw, tadi umi g bayar saman.."
"saman??.."
"aahh..abes la gak RM450. tu pun sbb lmbat da taw.."
''T.T''
cuak.
"yg kakak ek?.."
"rasa-rasa...??"
"asenye x kut..setakat ni beringat ag bw kete.."
(ayat defend diri sendiri)
"ye ke bawa slow? aritu kontraktor yang keje kat sekolah umi ada kata yg dia pernah saing ngan kakak tem g sekolah umi aritu. dia saja nak pastikan sape yg bawa kete tu. laju semacam jek.."
"hihihi..aritu x sengaja(defend ag). agpun tem tu pagi. pastu nak cepat g sekolah angah plak.."
"ye laa.."
"da saman tu kat area mana?.."
"besut la.."
"ummmm,, asenye bukan kakak kut. kakak slow je bila tiba kat area yg umi suh beringat tu.."
kantoi. hanya perlahan 60 km/j di area tertentu!
"haah.. kan terbukti dah"
"hehee..sory.."
"x la. umi yg kena. umi yg drive tem tu.."
"eiii..umi ni wat kakak takut jek.."
"saja nak test. ngaku ke x drive laju.."
"kekadang je laju...^^"
nak defend lagi.
"ye laa tu..."
surat saman dari encik polis?
suatu benda yang boleh dilihat
kita akan mudah beringat pabila mendapat sekeping surat cinta yang menyatakan sekian-sekian
surat saman dari pemilik hati?
suatu perkara yang cukup dan benar-benar halus
hanya boleh dirasai dengan hati yang begitu ikhlas
hati yang begitu dekat denganNYA
satu demi satu peringatan telah dibentangkan di hadapan kita
itu. ini.
tapi kita?
butakan mata
tuli dan pekakkan telinga
adakah kita telah..
gunakan mata untuk melihat sepenuhnya kebesaran milikNYA?
telinga untuk ditadah mendengar segala ingatan dariNYA?
sekeping hati yang perlu diisi agar tertanam sepenuh cinta padaNYA?
YA ALLAH..
ampunilah dosa hambaMu yang hina ini..
aku terlalu jauh dariMu
oleh itu,
Engkau dekatkanlah aku
pereratkanlah hatiku untuk bertaut denganMu
Opick feat Amanda
Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata
Saturday, July 3, 2010
.termalu.
"kalau x tahu, tanya orang - nanti tersilap lagi malu"
lokasi : KAMI (bookstore)
dek kerana x jumpa-jumpa buku yg dicari
saya memberanikan diri utk tanya a guy neh
dari tadi tengok dia asyik jalan-jalan je keliling kedai tu
mcm supervisor..
"sory, tumpang tanya.."
"ya.."
"buku sekian-sekian ada x?"
"oo..maaf ya. saya pun pembeli mcm kamu juga"
"opps.."
terus berlalu tanpa berpaling ke belakang lagi.
termalu sendiri.
tapi,
bukankah jika x bertanya lagi sesat jalan?
mungkin tadi sebab terlalu + ter'over' excited nak tanya orang...
sigh!
moral : kena tengok + baca signboard dulu sebelum tanya orang. mungkin da ada sign di sekeliling kita
Friday, July 2, 2010
.menonong.
harapan saya tulus sekali,