Monday, July 5, 2010

.praise.

apa perasaan kalian
bila satu ketika tu
sedang khusyuk mengalunkan kalimah suci kalamullah sambil tadabbur beberapa ayat
tiba-tiba,
terasa seperti ada orang sedang memerhatikan kita
berhenti dan berpaling untuk lihat sekeliling..
tidak ada apa yang menarik
ah!mungkin perasaan cuma
bacaan disambung
dan datang seseorang di depan anda

"sedap dengar adik mengaji.."

mata bertentang mata
dan dia pun berlalu pergi.

apa perasaan anda?

bangga?
terasa seperti mahu 'mendayu-dayukan' lagi bacaan?

atau...

menangis?
kerana dia sebenarnya secara x sedar telah menghantar kita ke neraka?
sebelah kaki di neraka..
dan sebelah lagi di syurga..

allahu akbar!

p.u.j.i.a.n
manusia mana yg x suka apabila dipuji?
makin dilambung, makin tinggi yg diharapkan..

tapi,
ketahuilah diri
taktala kita dipuji itu,
Allah sebenarnya telah menutup segala keaiban kita

“Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”.
(HR. Al-Bukhari)

ya!
Allah itu Maha Pemurah
Dia telah mengekang mata-mata luar daripada melihat keaiban kita
keburukan kita
dengan menunjukkan perkara-perkara yang baik sahaja

subhanallah
alhamdulillah
allahu akbar

"Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku atas apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. (Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan)."

No comments:

Post a Comment

inspiring words