Thursday, July 15, 2010

.tertambat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
[Riwayat at-Tirmidzi]

'terpaut pada masjid..'
mudah untuk ditutur berbanding mengatur kaki ke sana

"nak pergi masjid x?"

"x kut..ada assignment laa.."

sedih
bilamana hanya ada segelintir daripada kita
hanya datang ke masjid apabila program
bilamana makanan disediakan dia akhir program itu

"malam ni ada program kat masjid kan..mesti ada makanan. nak pergi laaa"

lenggang
tidak diimarahkan
tidak mahu menunding jari kepada orang lain
cuba koreksi diri
tiada lagi makna di sebalik istilah ustaz-ustazah

bila direnung, difikir kembali..

"rasa rugi x pergi.. da la ada tazkirah tiap-tiap kali lepas maghrib.."
alhamdulillah..dapat menambahkan makanan rohani d(*,*)b

"budak tu budak masjid kan?"
tiada istilah melebel. tapi benarlah kata orang, ukhuwah satu aqidah itu terbentuk bila tali mahabbah fillah dibentuk di sana ^_^

bukan mahu mengata
cuma mahu mengingatkan diri

syukur atas hidayah Allah
moga Allah tidak tarik nikmat 'manisnya berada di masjid' dan bumi tarbiyyah ipis ini

alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

inspiring words