Sunday, July 11, 2010

.gundah.

saya bukan mahu membuka pekung di dada..
jauh sekali nak mengadu atau membuka aib antara kita
tapi, adakah..

awak marahkan saya?

awak berkecil hati dengan saya?

dan
kenapa mesti kita bermasam muka?

hari ini, kita..
diam tanpa sepatah bicara
kelu seribu bahasa
bagai belum pernah bersua

hatiku gundah
hari yang selalunya indah terasa kelam dan suram sekali
biarpun bintang menghiasi langit
biarpun alunan indah mengiringi pekatnya malam ini

jika benar aku yang salah,
sejuta kemaafan dipohon
aku hanya insan lemah

sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula diri yang serba hina dan kerdil ini

sesungguhnya,
aku hanya hamba Ilahi
pinjaman daripada Yang Abadi

asifi!
"T.T"

ana uhibbuki fillah. lillah.

kekuatan itu perlu dicari, bukan untuk ditunggu

***********************

Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkanlah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment

inspiring words