Wednesday, May 22, 2013

.ease.

alhamdulillah
kertas terakhir untuk semester ini telah selamat dijawab
dan cuti semester bakal tiba
yeay!
cuti tiga minggu yang in shaa Allah akan cuba dimanfaatkan dengan sepenuhnya ;)

sempena cuti yang akan datang ini
sudah pasti banyak perancangan kenduri kendara yang akan diisi
seminggu pertama yang saya kira akan jadi sesak dengan majlis kahwin tiga orang sahabat
deskmate tersayang, ketua bilik darjah dan aisya :)

selamat membina baitul muslim buat semua
semoga segi tiga chenta yang dibina dengan Allah pada puncak yang tertingginya
akan membawa sakeenah, mawaddah dan rahmah hendaknya

rasanya masih belum terlambat untuk ucap tahniah buat abang dan ateh
abang - CAT dan ateh di UNI-KL Kuala Nerang

semoga dipermudahkan semuanya
dan doakan saya juga
semoga semua urusan sehingga selamat balik ke rumah dipermudahkan semuanya!

;)

Thursday, May 16, 2013

.16mei.

didedikasikan untuk

umi dan abah
guru terbaik saya!

ahli-ahli keluarga besar saya yang majoritinya guru

tak dilupakan
buat semua guru formal saya

tabika kemas kuala krai
sk padang luas
smk saujana
sbpi batu rakit
ipg kampus pendidikan islam

dan 
guru informal saya
di mana-mana sahaja

termasuk kamu ; 
yang banyak mengajar saya

terimalah


SELAMAT HARI GURU!
^_^

* teha - sanah helwah sayang ;)

.mengejut.

Allah (melalui malaikat Izrail) boleh mengambil nyawa kita bila-bila masa kan
tanpa mengira masa dan tempat
Dia tidak akan sesekalipun menunda-nunda
sama ada mempercepatkan atau melambatkan detik kematian
malah, 
kita sendiri tidak akan tahupun di bumi mana kita akan diambil semula nyawa

saya teringat akan satu nasihat dari seseorang yang cukup rapat dengan saya
bila mana dia mengingatkan saya
betapa sayangnya Allah kepada kita melalui pensyariatan menutup aurat
ya.
aurat perempuan
semua
macam kita nak solat
kecuali muka dan tapak tangan
bila kita keluar, pakailah terus pakaian yang bersih dan kita sangat yakin dengan pakaian itu, kita boleh bawanya di dalam solat
Subhanallah
Islam itu mudah kan?

dan apa yang saya nak kongsi di sini ialah beliau mengingatkan saya supaya tidak mengambil mudah dengan cara berpakaian kita hatta nak keluar dekat je pun
biarlah lengkap semuanya ; berpakaian menutup aurat
dia mengingatkan saya secara halus kerana kita tak kan tahu pun apa yang akan berlaku di pertengahan jalan nanti
bukan kita meminta
tapi inilah salah satu persediaan kita
persediaan menuju Allah dari aspek pemakaian
biarlah andai kita ditarik nyawa pada masa itu
kita tidak dalam berpakaian yang mengaibkan
wana'u zubillah

bila berbicara soal kematian
kita (read ; saya) tidak akan lari dari perasaan takut 
sangat takut bila memikirkan amalan mana yang sebenar-benarnya akan diterima Allah :(

semalam saya dan dua orang sahabat telah ke sungai rawang
menziarahi suami kepada cikgu di sekolah tempat kami berpraktikum yang telah meninggal dunia
suasana sedih menyelubungi allahyarham
saya secara peribadi belum diuji dengan kematian keluarga terdekat 
Alhamdulillah
umi abah dan adik-adik
ayah, mak (sebelah umi) dan cheq, mak (sebelah abah) 
serta ahli keluarga terdekat lain masih sihat
walaupun cheq sekarang ni banyak terlantar atas katil dek diserang penyakit gout
Alhamdulillah sehingga hari ni Allah masih pinjamkan nikmat hidup sebagaimana Allah berikan kepada saya dan kita semua
Alhamdulillah untuk semuanya

kematian itu mengejut
dan kerana kejutan itulah kita perlu sentiasa bersedia
bersedia untuk dicabut nyawa bila-bila masa
Allah... 
matikanlah aku dalam husnul khotimah, bukannya su'ul khotimah

yuk!
fastabiqul khairat
mari sama-sama kita menabur amal di dunia ini
semoga kita dapat menuai hasil yang lumayan di akhirat kelak

Monday, May 13, 2013

.flies.

Alhamdulillah

time flies so fast
i was just thinking how quickly the last semester go by;
it just seems like yesterday
i was gelak-ing wif my BFF
huh,
satu semester yang sangat short dan sweet
pengalaman berpraktikum 3 bulan yang sangat osem
dan sedar tak sedar
satu kertas telah pun selamat dijawab pagi tadi

Alhamdulillah
today is 3 rejab
kurang berbaki 60 hari sahaja lagi 
seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan yang penuh barokah, again
;)

i was just thingking how quickly my last ramadhan go by;
it just seems like yesterday
i was bertadarus-ing dan tarawikh sama-sama
bertukar-tukar iftor di masjid berbeza hampir setiap hari
rindu
sangat merindukan suasana tarbiyyah dan madrasah Ramadhan
dan azam kali ini
mahu lagi baik dari yang lepas

dan sudah pastinya
starting point nak jadi baik ramadhan nanti
bermula dari sekarang
kena mula islahkan diri dari sekarang
kena pertingkatkan tadarus dan tadabbur dari sekarang
sebab everything bermula dari sekarang!
bukan bila dah masuk ramadhan zone
baru nak merangkak-rangkak macam kura-kura nak pecut ijazah taqwa

so, 
on your mark,
get set... go!!

Allahumma baariklana fii rejab, wa syaaban
wa ballighna fii Ramadhan

^_^

Friday, May 10, 2013

.MRQ.

bismillah

as I promised before this
presenting you

"BULATAN GEMBIRA"

sempena
Malam Rabhitatul Qulub


Ya Allah,
peliharalah mereka
sungguh
mereka sangat dekat sekali dengan saya

Thursday, May 9, 2013

.chenta.

buah tangan dari saya
sudah lama disimpan,
baru mahu dikongsi

sempena pertandingan video islamik kreatif VIK'12
terimalah
moga ada manfaatnya untuk semua



alhamdulillah
walaupun kemenangan illegal ;)

*ada satu lagi yang masih disimpan. in shaa Allah lepas majlis malam ni, akan dipublish

.berehat.

bismillah
thummal hamdulillah

sudah rasa rasanya saya berehat, bukan berhenti
daripada ber'blogging'
banyak perkara yang menuntut diri untuk melupakan seketika kawaii hana
yang mampu dibuat
hanya
membaca kembali post-post lama
dan berblog-walking di blog mereka yang osem

Alhamdulillah
Allah bagi kekuatan semula untuk menulis
menaip apa sahaja yang sedang bermain-main di fikiran ini
kadang pernah terfikir
alangkah rugi
sudah lah tidak mampu menyumbang apa-apa yang bermanfaat dalam bentuk lain

moga penulisan yang tak seberapa cuma ini
yang mana lebih bersifatkan peribadi 
ada manfaatnya
lebih dekat untuk diri saya
dan kamu yang mungkin sedang membacanya

dan ini nota kaki saya tinggalkan;
doakan saya agar tidak berehat lama-lama
senyum ;)

Saturday, November 17, 2012

.datings.

bismillah

cuti seminggu telah berlalu yang sangat-sangat meaningfull
meaning. full.
super duper awesome
hoyeah!
ill be missing our 'datings' very much lah

kisah jatuh tangga dan gelongsor yang paling saya ingat
(doakan tulang belakang saya cepat sembuh)
dan kisah jalan-jalan sambil makan-makan 
sepuluh di minit di rumah orang lain
dan bila sampai turn rumah dia
suruh duduk lama-lama
oo,, tak aci :p

"'segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami,
maka dengan nikmatNya jadilah kami bersaudara" 
alhamdulillah (^_^)

sangat indah ukhwah yang lazat lagi berkrim ini
makin kena erat bila dah makin bertambah

not forgotten
barakallahu feekum untuk Mr YDP dan Puan Setiausaha Sulit ;)
ada berkatnya 
disebabkan majlis ni lah
maka terjadinya unplanned jaulah-yang-hebat
#like!

note: selamat tahun baru hijrah. 

Friday, November 2, 2012

.mengayat.

satu benda yang saya percaya
apa yang kita nak bagi
jika lahir dari hati yang sangat-sangat ikhlas
maka si penerima juga pasti akan senyum bahagia
terasa mahabbah katanya ;)

"awak, bila saya text awak, rasa macam kita ni mesej pakwe-makwe je"

wah3.
awak, im a girl lah!
geleng-geleng sambil senyum

huh.
its not the first time nor the last
sebab the next orang will say the same thing!
dah banyak kali saya dengar
hoyeah...
orang kata saya pandai mengayat (mengayat=mengarang + ayat)
dan dah banyak orang saya ayatkan. eceh
(oh, bukan menggoda anak teruna ye!)

sampai ada yang kata,,

awak buat hati saya cair..

saya senyum, gelak sorang-sorang sampai orang sebelah pun pelik...

haha. 
awak jangan tergoda dengan ayat-ayat puitis chenta saya ye
saya takut awak kechiwa nanti bila saya dah berpaling kat orang lain ;p

jujurnya bila kita mesej-mesej,
awak senyum-senyum bila baca text saya
saya pun sama je. eh!
saya lagi puas gelak-gelak, pusing-pusing bila nak text awak

sampai pernah umi tanya angah 

"kakak tu dah ada orang ke?"

haha. seriyes.
awak, jom datang rumah, saya kenalkan kat umi abah ;D

Wednesday, October 31, 2012

.timun.

kisah angah dan abah (phone calling)
yang diceritakan kembali mengikut versinya

+ angah dapat jawab tak soalan tadi?

- boleeehhh la kalu membaca.... tapi masalahnya angah jawab soalan yang orang tak jawab, dan tak ada dalam silibus pun [?]

- macam mana nak jawab kalu tak baca. meh abah cerita kisah timun

- ????

+ pelajar ni macam petani lah. orang yang tanam timun [read:tembikai]. kalau kita ni rajin tanam, selalu siram, banyaklah dapat hasilnya. kalau kita ni jenis yang malas, dapat 2 3 biji je la. muat-muat raga moto je la jawabnya...

- tapi kan abah, kakak petani yang @#$%^& boleh je dapat banyak buah!

+ kakak tak sama, tanah dia subur, baja dia berkualiti. angah tak boleh ikut dia. kakak tu goyang kaki pun buah boleh datang bergolek (uh, sungguh hiperbola!)

T___T' 
sighhh

sekarang ni musim peperiksaan
dan untuk sem ini, saya ada 3 paper semuanya
1 dah sudah, dan 2 menanti
khamis (esok) dan isnin depan

cerita di atas tak ada kaitan dengan siapa-siapapun
sekadar metafora yang abah bagi kat angah
untuk kena lebih rajin membaca ;)

realitinya,
saya tetap orang biasa
yang tetap kena usaha bila nak periksa
tetap kena baca buku kalau nak jawab semua 
walaupun orang selalu tengok saya rilek-rilek je ;p

kan Allah dah kata
kalau nak berjaya, kena usaha
kena usaha dengan baca buku
bukan buku baca saya
dan bukan juga dengan duduk saja-saja


dah, pergi baca buku sekarang!

Tuesday, October 30, 2012

.qulub.

Susahnya nak memahami hati sendiri.
Kadang-kadang rasa macam tak kenal diri sendiri.
Teringat seorang kawan pernah cakap:

"nak Allah pegang hati ni so that apa saja kita buat Allah yang guide"

Kalau la hati ni boleh discan,
nampak secara zahir kat mana ada kekurangan,
kat mana ada lopong-lopong,
kat mana ada cacat,
kat mana dah gelap,
banyak ke tompok-tompok dosa.

Mesti rasa nak cepat-cepat bersihkan.
Tak nak ada kotor sikit pun.

Tapi memang dah Allah jadikan hati ni tak nampak.
Hanya boleh dirasai.

Orang yang beriman hati dia akan hantar sensor,
rasa ragu-ragu kalau buat sesuatu yang salah,
tapi sesensitif mana degree sensor hati kita.
mungkin itu yang merefleksi iman dan kedekatan kita dengan Allah.
hubungan kita dengan Allah.

ya Allah. 

bimbinglah hati ni.
penuhilah hanya dengan Engkau sahaja.
agar yang lain-lain akan nampak kecil dengan sendirinya.

Sunday, October 28, 2012

.tiga.

[entri tertangguh]

dah kali ke tiga berturut-turut dia tak balik raya
kali pertama sebab nak exam
kali ke dua sebab exam juga
kali ke tiga pun sebab exam besar dia

dan kali ni,
birthday dia sehari sebelum raya
tahun lepas kami buat kek cokelat kukus 
tahun ni tak sempat, 
masuk SR dan terus ambil marble cheese cake je


kakak doakan
semoga dengan pertambahan umur setahun lagi tua ni
abang makin jadi anak yang soleh, 
pelajar yang ohsem
makin tingkatkan amal, perbaiki kualiti ibadah, akhlaq, syaksiyyah
dan makin berganda-ganda buat benda baik lah kan ;)

abang ingat lagi tak
at first abang masuk IBT
sebelum abang betul-betul dah rasa ok dan boleh terima offer ni
abang rasa tak dapat nak catch-up belajar
bahasa yang sangat susah
pernah umi dengan abah kena panggil dengan kondo sensei sebab abang macam sedikit slow
pastu rasa nak quit
selalu nanges, ngadu
pernah jugak mintak pilot senyap-senyap dan dapat tawaran tu
rasa keliru nak stop yang ni, sambung pilot or teruskan
the moment kita lepak sampai malam kat taman klcc sebab kononnya nak consultkan abang
outing makan-makan, borak-borak kat SR lamanya
dan macam-macam lagiiiii laaaahhhhh
huh
kakak hanya mampu senyum

sekejap je masa berlalu kan
alhamdulillah
abang dah ok, dah boleh senyum, dah makin laju
sedar tak sedar tinggal lagi baki 4 bulan je lagi abang akan 'berperang' dengan semua ni sebelum abang fly
and now,
abang makin sibuk nak buat your last preparation sebelum the real battle by this november ni
like i said before,
makin sibuk, makin kena ingat Allah
makin sibuk, makin kena kerap telefon umi abah
makin sibuk, makin kena jaga hablum minannas, hablum minaAllah

kakak doakan semoga 
semua urusan abang dipermudahkan, dilancarkan
sentiasa tenang, lapang hati
walau apapun yang berlaku lepas ni,
terima dengan hati terbuka
yakin yang Allah dah susun semuanya at first place, terbaik
sandarkan sebulat keyakinan hanya pada Dia
moga-moga apa jua yang ditakdirkan nanti
kita tak akan kechiwa
sama-sama kita tembak doa ya!

♥ kakak

Monday, October 22, 2012

.undeniably.


semua orang, masing-masing ada tanggungjawab
ada hak untuk ditunaikan
dan itu membuatkan kita akan kelihatan seolah-olah sangat-sangatlah sibuk kan ;p

"memangla orang nampak kita macam sibuk. tapi kita ni bukannya sibuk sangat pun."

hehe~
orang yang nampak

hakikatnya..

"bukannya 'sibuk', tapi sebenarnya 'kita letak benda lain sebagai priority kita."

um, dan dalam sibuk-sibuk 
pernah tak pop-up dalam fikiran kita
antara 'kepentingan sendiri' dan 'kepentingan untuk semua'
hak mana satu kita akan dahulukan?

diri sendiri :
ada assignment
nak keluar hang-out dengan kawan-kawan

kepentingan semua orang :
mesti buat bulatan gumbira
kena datang meeting

huh.
dan satu lagi persoalan
bila yang semua-semua tu bertembung/ 'clash'
mana satu yang kita akan utamakan?
memang masa tu
kena tepuk dada, tanya iman
masa ni lah juga kena aplikasikan
'fiqh aulawiyat' yang dan 'hadam' tu

mesti tahu mana satu 'priority',
saya yg buat-buat sibuk

Friday, October 19, 2012

.8:63.


"And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise."

Infaqlah sebanyak mana pun.
Bagilah semua wang yang kita ada.
Masa yang mampu kita luangkan.
Tenaga yang mampu kita curahkan.
Pengorbanan yang mampu kita buat.
Kasih sayang yang melimpah ruah.

Andai Allah tidak mengizinkan, takkan bersatu hati-hati insan ciptaannya.
Bukan usaha kita yang menyatukan tetapi kehendak Allah yang mendahului segala sesuatu.

Bukankah lebih indah jika ukhwah itu disandarkan pada Dia.
Moga kemanisan iman menjadi milik kita. :)


Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. -HAB-


Hati dan roh.
Bukan jasadi.

Thursday, October 18, 2012

.2.44.

bismillah

usrah bulatan gumbiran semalam
saya termalu sendirian

"kamu menyuruh orang melakukan kebajikan, tapi kamu melupakan diri kamu sendiri...."

saya nak orang datang subuh berjemaah di masjid ramai-ramai
jadi,
bermula dari diri saya sendirilah
kena didik hati dan jiwa untuk bangun awal

saya nak orang di sekeliling saya pakai tudung labuh-labuh, tak jarang
baju tak ketat, kecil
jadi,
bermula dari diri saya sendirilah
kena berpakaian sebagaimana yang syariat tunjukkan

saya nak orang di sekeliling saya jadi baik-baik
tak nakal macam saya
jadi,
bermula dari diri saya sendirilah
kena banyak muhasabah, hitung diri
menjaga ikhtilat, akhlaq
selalu berdamping dengan orang-orang hebat 

bagaimana anak ketam boleh jalan elok-elok
kalau ibunya sendiri yang jalan tersenget-senget masa mengajarnya
bagaimana anak mahu rintik
kalau bapanya sendiri tidak borek

sebab tu
kalau kita nak orang berubah
kita yang kena ubah diri kita dahulu

takut sebenarnya bila saya nak tegur orang
sebab inner saya sendiri tak kuat
sebab saya sendiri yang buat apa yang saya nak tegur tu
sebab saya selalu rasa, ahhh! biarkan je mereka dengan gaya hidup mereka
sebab saya tengok, dah ok la tu mereka macam tu!
sebab..
sebab.....
dan semua sebab yang tak akan berkesudahan

dan
saya sangat yakin
nak jaga disiplin diri
kena disiplinkan diri sendiri untuk bangun awal pagi
kena kuatkan diri sendiri untuk sambut seruan Dia pagi hari
inshaAllah Allah akan jaga kita satu hari!

doakan saya,
moga terus qawiyy
moga istiqomah
dan Allah redha
sebab itu yang Utama

Monday, October 15, 2012

.tatang.

specially dedicated wif loads of luv this song to beloved ummi 


..tatang hatinya bagai permata
luangkan masa untuk bersama
bilang padanya kau sayangkan dia
sepenuh jiwa...

weekend yang sangat suwiitt
\(^___^)/
sebab dapat balik-peluk-jumpa 
after a long and non-stop driving
worthfull..really

wajahnya yang ayu...
menenangkan kalbu...

Nabi sebut ibu, ibu, ibu
tiga kali
baru ayah

sungguh,
hilang penat
lepas tengok muka ummi
dah tak rasa terbeban dah dengan tugas
yet, sejam di rumah yang sangat blessed !

ummi, kakak sayang umi
lillahi
benar-benar kerana Allah

Thursday, October 11, 2012

.middleman.

sedang berusaha mengkhatamkan buku abdullah nasih 'ulwan
buku tentang ukhwah islmamiyyah yang saya kira tersangatlah osem

kita ialah engkau-aku dan aku-engkau-kita adalah dua jiwa di dua badan

hebat kan bila ukhwah semuanya sebab iman?
semuanya akan jadi indah-indah je...
suka sangat bila Nabi kata:

"berguguranlah dosa-doa dari keduanya bila seseorang muslim bertemu dengan saudaranya lalu memegang tangannya, sama macam gugurnya dedaun dari pepohon kering ditiup angin kencang..."

wah3... seronok kan,,
yang penting semuanya MESTI berteraskan aqidah yang sejahtera,
iman yang mantop 
letaklah Allah dan Rasulnya di depan dalam semua perkara
inshaAllah barulah semuanya akan tenang, bahagia
baru takde yang masam-manis-kelat mukanya
yang nak jadi back stabber ke
hehe...oppsss

last,
kawan saya kata kemantapan iman menjana keintiman ukhwah
yeah!

saya yang nak jadi kawan baik,
middleman ;)

Tuesday, September 25, 2012

.sebab.

sebab saya manusia biasa
saya tak kuat untuk berdepan dengan semua perkara

sebab saya manusia biasa
saya bimbang kalau apa yang saya lakukan hanya untuk manusia sahaja

sebab saya manusia biasa 
saya kadang-kadang tewas dalam membezakan mana satu yang lebih utama

sebab saya manusia biasa 
saya perlu berusaha jadi yang luar biasa

dan disebabkan saya manusia biasa
yang cuba nak jadi luar biasa
saya janganlah bersikap biasa-biasa sahaja

sebab manusia luar biasa
dia akan kerja lebih dari apa yang diberi padanya

sebab manusia luar biasa
setiap waktu yang dia ada akan jadi sangat bermakna

sebab manusia luar biasa
pandangan dia mesti dari kaca mata yang berbeza

sebab manusia luar biasa
hidup dia mesti dipenuhkan dengan perkara yang tak sia-sia

sebab manusia luar biasa
mesti urus diri dan jaga masa dengan sebaiknya

sebab manusia luar biasa
makin dia sibuk, makin dia kena dekat Penciptanya

**
i like nonsense,
it wakes up the brain cells
;)

Monday, September 24, 2012

.aib.

Subhanallah
Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain

Subhanaka Allahumma wa bihamdika 
Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau 
Allahumma Ighfirli
wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku
Innaka Antat-Tauwwabur Rahim
Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang

sungguh,
saya sungguh malu
teramat malu
malu sekali dengan Allah

kita dipandang hebat selagi mana Allah tutup keaiban kita kan?
bagaimana pula jika sebaliknya
T'___T'

ighfirli Ya Allah..
ighfirli Ya Rahman..
ighfirli Ya Rahim..

Allah tegur saya dengan cara yang sangat halus
sangat-sangat halus sampai betul-betul tembak hati saya
kali pertama melalui mesej yang tak-sengaja-dibaca oleh seorang sahabat
kali ke dua sedikit dahsyat sebab terkantoi terus
dan tipulah kalau saya langsung tak terkesan dengan tembakan bozuka yang confirm-confirm direct dari Allah tu!

mungkin selama ni Allah jaga dan tutup aib saya
dan once bila Dia buka
terus buat saya jatuh terduduk
tak mampu nak kata apa lagi

Allahu robbi...
sungguh saya sangat malu dengan Allah
dan sebab saya manusia biasa juga
saya malu kalau manusia lain di sekeliling saya tahu pasal aib diri saya yang sangat hina ni
saya sangat malu :(

saya sangat mohon 
mohon agar Allah masih simpan dan tutup aib saya di depan sahabat-sahabat
cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ni
saya perlukan kekuatan
saya butuh doa
saya MESTI berubah
inshaallah ini adalah turning point yang Allah nak hadiahkan untuk saya
hikmah atas semua dan segala yang berlaku selama ini

Ya Allah tutuplah aib dan cela kami, Dan ubahlah rasa takut kami menjadi rasa aman damai, Peliharalah kami dari depan dan dari belakang kami, Dari Kanan dan dari kiri kami, Dan dari atas kami dan dari bawah kami, Dan kami berlindung di bawah kemahaagunganMu, Dari malapetaka yang ditimpakan kepada kami, Dari arah bawah kami, Ya Allah ampunilah kesalahan kami, ketidaktahuan kami, Dan sikap berlebih lebihan kami dalam urusan kami, Dan hal hal yang engkau lebih tahu dari kami

saya yang perlu qawiyy untuk berdepan dengan semua ini,
eeffah

Sunday, September 23, 2012

.3K.

'keoooosemmmmness'
orang biasa versus orang luar biasa

3K orang biasa
kuliah. kelas. kafe
rutin harian yang jarang-jarang sekali berubah

3K orang luar biasa
komitmen. kesempitan. keluar

komitmen
sibuknya sebab disibukkan dengan tanggungjawab yang luar dari silibus student's life nya
antara komitmen yang zahir dan tidak dizahirkan

kesempitan
tak cukup masa
tak cukup duit
sebab orang biasa boleh pegi hang-out jalan-jalan alamanda
duduk goyang kaki kat bilik sambil buat esaimen
atau membuta 
dan orang luar biasa pula
biidznillah masa dan duit elaun dia dah laburkan kat jalan-jalan dakwah yang dah dipilih

keluar
kejap pergi sini
kejap lagi pergi sana pulak
dalam bahasa mudahnya..memang tak selalu di bilik lah!

yeah, kita tak sama
antara orang biasa dan orang luar biasa

kita dah dipilih untuk jadi orang luar biasa
kita dah jadi orang luar biasa
jadi, kita mesti buktikan keluarbiasaan kita tuh!

buktikan melalui akademik kita
buktikan melalui akhlaq kita
tutur kata kita dan semuanya laahhhh
inshaallah bila kita dah pilih jalan luar biasa ni
ada keberkatannya dalam 3K kita
walaupun kadang-kadang tipulah kalau kita kata kita tak jeles dengan 3K orang biasa
kan? ;)

tak ramai yang nak pilih jalan luar biasa ni sebab mereka tahu jalan ni jauh... panjang...
hargailah nikmat yang Allah bagi bukan kepada semua orang ni
panjang... jauh.. tapi ganjaran yang dijanjikan tersangatlah osemmmmm
hoyeah!

allahumma ya muqallibal qulub
thabbit qulubana ala dinik

insan biasa yang cuba jadi luar biasa,
eeffah