Wednesday, March 9, 2011

.fragile.

x tahu kenapa lately ni..
banyak betul orang post pasal kamu

saya pun x terkecuali
banyak betul ujian berkait dengan kamu,

"akak, saya selalu tengok akak berurusan dengan muslimin...susah x bila kita bekerja dengan mereka?"

"susah jugak la. sebab kita kena buat hijab..benteng!"

"hijab?"


"apa maksud akak? saya tengok akak macam easy-going je dengan diorang semua... diorang pun macam selesa je bekerja dengan akak.."

"oh! x semudah itu sebenarnya..."


"lelaki-perempuan ni macam magnet. fitrahnya, mudah sangat nak melekat... macam kutub utara, kutub selatan..saling nak bersangkutan..."

sebab itu lah...
pertamanya kena pakaikan semua anggota dengan pakaian yang sesuai
kena kawal semua perkara selagi kita mampu
mata, telinga, mulut, tingkah laku
biar menggambarkan yang kita ni seorang muslimah
kita bawa nama Islam, bukan diri kita sahaja

"macam mana akak nak masuk dengan diorang?.. saya tengok akak boleh je wat lawak dengan mereka. mereka wat lawak pun akak ketawa..."

"nak masuk dengan siapa-siapa pun, kita yang kena mulakan dulu. tu prinsip akak. sama juga pembawaan kita dalam usrah.. ingat senang ke nak tackle hati-hati mad'u(adik-adik) kita. xkan asyik nak wat usrah kat masjid je. sesekali, ubah la selera.. main kat padang ke, ajak keluar makan ke..."

kalau bekerja dengan berlainan jantina ..
waktu kerja - kita kerja
waktu nak main-main, gurau - kita gurau la..xkan nak serius je wat keje, orang pun takut nak berurusan
tapi, semua tu kena jaga la, kena kawal
takut nanti diri yang terjaga, terkawal
time tu, mudah la syaitan-syaitan nak pasang jerat, perangkap


"abes tu, akak ni macam anti-lelaki pula..."


"eh! x la.. cuma kita perlu bentengkan apa yang perlu. ikhtilat tu kena jaga. sebab bersosial ada hadnya, jangan sampai diri merana dan Iman tercela.."


"akak..xkan kita yang perempuan je yang kena jaga semuanya... lelaki x yah ea?"


"baik wanita atau lelaki, kita semua sama. tetap kena jaga kehormatan dan pandangan. sebab tu lah Allah dah berfirman....

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (24: 30-31)

Allah s.w.t memulai dengan perintah menundukkan pandangan sebelum perintah menjaga kemaluan kerana pandangan adalah pancaran hati
(Tafsir Al-Jami’ li Ahkam Al-Qur’an 2/227). 

adik,
ingat senang ke akak nak jaga hati ni
hati ni kan milik DIA
"…ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan."

kalau kita x jaga hak DIA, macam mana DIA nak jaga hak kita nanti
teringat pesan seorang ukhti, 

"hijab mata dan hati. ghodul bashor ilaa ghodul qulub (menjaga pandangan untuk menjaga hati). Jaga pandangan dulu untuk kemudian jaga hati.." 

wahai cik hati,
lepas satu, satu
mungkin Allah nak latih kamu supaya jadi lebih kuat kut..
sebab tu Dia uji macam-macam 

“Hai jiwa yg tenang kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg puas lagi diridhai-Nya 
Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku 
dan masuklah ke dalam surga-Ku.”

benarlah,
hati; fragile - handle with care
;)

2 comments:

  1. yeahhh..btol2.bile pikir2 balik mmg btl laa..hehe.thumbs up kak!

    ReplyDelete
  2. perempuan ni mudah terkesan kan??

    lelaki: jangan terlalu baik dan caring dengan saya, nanti saya jatuh cinta!
    hahah ;p

    ReplyDelete

inspiring words