Tuesday, October 13, 2009

.tribute I.

entri ni khas untuk ayah tersayang
HJ ABAS B SAID

saya rasa semua orang telah sedia maklum tentang at0k saya yg x berapa sihat sejak kebelakangan ini. kakinya mula membengkak seolah-olah beliau mengalami sakit utut a.k.a kaki gajah. tapi hakikatnya, doktor masih belum dapat detect penyakit sebenarnya.

...ni pun da kire ok sket dari sebelumnya...

melalui blood test, urine test n sume2 test yang diperlukan.. alhamdulillah, ayah bebas dari sebarang penyakit yang biasa dialami oleh orang2 tua. penyakit 3 serangkai: sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.. semua dia x de. mungkin kerana berkat petua ayah yang masih saya amalkan sehingga arini..KENA BANYAK MINUM AIR SUAM dan BERPANTANG AIR MANIS.

waktu balik hari tu, kaki ayah masih belum surut lagi. betisnya masih belum mampu disentuh dek kerana kulitnya yang tegang. bintik-bintik kemerahan mula jinak bertapak diseluruh badannya. kasihan melihatkan keadaan ayah yang kadang kala terpaksa menahan gatal2 di bahagian muka. xbleh digaru..takut nanti pape terjadi lak..

Ya Allah..apa yang paling mengharukan..ayah x merungut pun kesakitannya itu.. even dia xleh bergerak banyak(pergerakannya hampir terbatas- almost semua benda terpaksa ditolong dan dilakukan atas katil je)

masih terngiang-ngiang panggilan ayah tempoh hari..

"angah, tolong panggil buck!"

"ayah nak g tandas ni"

saya cuba mengintai dari jauh. kelihatan ayah sedang cuba mengesotkan badannya ke hujung katil(berdekatan dengan tandas). saya cuba menahan air mata daripada jatuh. sedih melihatkan keadaannya.

dengan segera, buck pun datang bawa air 2 baldi.

"ayah..meh buck tolong"

allahu akbar...
x tertanggung rasanya melihat keadaan ayah. bagaimana kiranya jika saya yang berada di tempatnya? mampukah saya sabar sepertinya?

________________________________________________
hari kedua..merangkap detik2 terakhir saya di rumah

"kakak g bile ptg ni?

"kul 2 kut..flight kul 4.30"

"daa...balik ag ke mnggu ni?"

"insyaAllah..x taw ag. tgk keadaan. klu chekdo balik..kakak pn nak balik sama"

"angah?"

"angah ada program mnggu ni. x taw la ag gane"

melihat keadaan ayah yang sedikit baik berbanding semalam, saya membuat percaturan sendiri.

nak balik ke tak?

umi ada bagita..
"kita tunggu keputusan ayah hari khamis ni. klu xde pape, xyah balik. incase klu x ok..ikut kakak la nak balik ke x"

set.

No comments:

Post a Comment

inspiring words