Thursday, December 2, 2010

.doh.

"abah, chiq kol.. kakak nak klua"

"g mane?"

"umah mak..wat doh pizza plak"

"x abes-abes ngan mode pizza dia tuh!"

>____<
ngee~
ini cerita semalam. kami selamat 'membuat' dan 'mengadun'(ntah betul x word neh) doh utk pizza sendiri
yay!
seronok sangat-sangat
boleh tengok sini

dan hari ini
selepas berguru x abes dengan chiq, saya mencuba sendiri doh tu
angan-angannya nak wat roti bun (read : roti manis-manis gitu)
tapi disebabkan hal yang x dapat dielakkan,
terpaksalah tukar plan dari roti bun kepada roti tarapappa
hahah~
rasa nak gelak je bila review balik pasal kejadian petang tadi...

"umi, bakpe doh ni x naek-naek? yis lame kot..."

"x eh..mane bleh gitu..tadi guna air mane tyme bancuh?"

"air panas!"

"nak naek gane nyaa... mati doh yis tuh!"

Yis tak boleh terkena secara langsung dengan garam sebab yis akan mati/jadi x aktif.. begitu jugak dengan air, tak boleh gunakan air panas, cukuplah sekadar air suam sebab air panas pun akan sebabkan yis tadi mati
[credit here]

TT__TT
kekeke~
ni la.. belajar tapi x aplikasi!
plus ni first time buat doh sendiri(alasan!) dan jarang-jarang masuk dapur especially bila sampai bab kuih muih, kek dan biskut neh...(hakikat!) 
huk23..

jadi petang tadi,
terhasillah roti tarapappa yang direka khas ikut kepala otak sendiri
roti sosej yang keras!(sebab yis x naek..huhu)
x kira keras macam roti keramat sekalipun, tetap abes jua..
walaupun 'ter' dan 'di'paksa makan
hahahahah...
skema ayat umi tiap kali 'kami' (read: saya dan adik2) masuk dapur wat kuih...

"umi sejak ada anak ni je malas wat kek, roti, etc.. dulu time muda-muda, selalu je wat.."
"bakpe sekarang x wat dah?"

"sebab sekarang ni ramai sangat tukang makan dari tukang buat! x larat eh..."
hehehe~

x kesah la umi,
mode kakak nak belajar masak + buat kuih masih berkobar-kobar!
kakak try slow-slow ek?
wink!

No comments:

Post a Comment

inspiring words