Sunday, May 30, 2010

.pinky.

setiap orang yang menggunakan perkhidmatan KTM pasti ada cerita tersendiri
lebih-lebih agi skrg ni dah ada koc asing
lelaki-wanita-lelaki

xtaw mcm mana nak gambarkan perasaan
excited. teruja. gumbira.
xperlu ag himpit-sempit macam tin sardin
lelaki perempuan..
kalu sentuh-sentuh pun,
cuma antara kami...
perempuan sahaja!

semalam,
sempat balik ampang jap
sepanjang lam tren..
ada 2 peristiwa yang mencuit hati saya

cerita 1
kisah makwe pakwe yang nek tren wanita sama-sama

dia x baca instruction kah?
buta huruf?
atau sengaja buat-buat x tahu?

kononnya,
si lelaki tu nak jadi gentlemen kut
nak temankan si awek ni naek sama-sama
atau juga mungkin sbb takut makwe dia hilang dikepit perempuan lain plak..
huhu, wallahu a'lam..

dialog yang direka, xde kaitan ngan hidup dan mati...

si P : kita naik asing-asing ya..(even dia sebenarnya harap nak naik sama-sama)

si L : xpe2. kita naik sama-sama. biar saya naik ngan awk. senang sikit nak jaga

si P : =) ...melebar

cheewaahh!
nak jaga-menjaga la plak..
romantik?
bagi saya x!
kan lagi romantik kalu dia cakap camgini...

si P : saya naik sendiri. ni kan untuk wanita je. saya boleh jaga diri sendiri

si L : hati-hati. saya tahu ALLAH ada untuk jaga enti..

si P : ^__^

cerita 2
mak cik pink a.k.a guard

mak cik pink : eh!eh! kamu x baca ke? ni koc utk wanita je?

lelaki itu : sorry..sorry.. saya baru balik dr oversea

mak cik pink : patutnya yg baru balik ni la lagi kena baca instruction..

lelaki itu : nati saya tuka koc tem next station

mak cik pink : yang kamu sorang lagi tu plak duk berkepit ngan makwe nape? x baca ke PEREMPUAN sahaja?

lelaki tadi : ...muka ketat..

************************************************
sebaik sahaja dorg berdua tuka koc...

mak cik pink : macam-macam betul. xkan la dorg x baca apa yang ditampal kat pintu tren tu. kekadang dorg ni buat-buat x tahu je. saja nak ambil kesempatan. lebih-lebih ag yang pakwe makwe. nak jaga la konon. huish! apa nak jadi ngan anak muda sekarang.. nauzubillah. bahagian ni (read: koc saya) mak cik yang jaga. kena la sapa-sapa yang masuk sini nati...

saya : bagus ada guard neh..(dalam hati)

moral
kepada lelaki-lelaki di luar sana, jangan salah masuk koc ag ya..
tengah untuk WANITA!
pink.
ladies for all times.

Wednesday, May 26, 2010

.PIM 3102.


paper last untuk semester ini!
pedagogi pendidikan Islam

jom kita sama-sama berjuang!
semoga Allah berkati semua usaha yang dikorbankan selama ini

"Allahumma ja’alana minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutafawwiqin fi kulli imtihan wal ikhtibarat fid dunia wal akhirah.."

usaha..

usaha..

usaha..

doa.tawakal.redha.

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

berlapang dadalah dengan apa jua keputusan yang bakal diterima
terimalah dengan hati yang tenang
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu
~

Tuesday, May 25, 2010

.jendela.

ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit,
diturunkan ke lubuk hati orang beriman,
mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan
-syed qutb-

“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Surah az-Zumar, ayat 23)

HIDAYAH
ibarat cahaya ; tidak akan menyapa mereka yang tidak membuka jendelanya
maka,
bukalah jendela mu~

Monday, May 24, 2010

.ikhwah.

man,adik + ida

tiba-tiba...
teringat kat ida a.k.a atih

xtaw kenapa emo sgt
rindu. lots. fillah

Moga pertalian persaudaraan ini hanya keranaMU Ya Allah

"orang-orang yang beriman itu ikhwah(adik-beradik). maka baikilah hubungan di antara kamu dan bertaqwakan kepada Allah"

Sunday, May 23, 2010

.single.

A journey of 1000 miles begins with one step

Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan.
Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan.
Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.

Semua ini memerlukan langkah pertama.

Adakah aku sudah mulakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita?

Tutuplah mata.
Tutuplah mata dan bayangkan cita-cita yang kita mahu capai.

Sila tutup mata anda semua selama 10 saat, bayangkan cita-cita masing-masing.

saya tengah bayangkan..

FPK - A
PKK - A
PIM 3101 - A
PIM 3102 - A

so,
kenapa duk tercongak kat depan laptop ag?
pergi amek buku + baca nuh!
>,<

.hijau.


aduss!
green button study untuk hari ini belum ku temui..
masih sibuk berjogging dan meninggalkan footprint di laman-laman ilmu
seronok membaca
instead baca buku
perkembangan kanak-kanak
kurikulum pendidikan Islam sekolah rendah
dan pedagogi pendidikan Islam

ding..dong..
butang hijau oh butang hijau!
di manakah engkau?
nak main hide-and-seek ya..

doakan saya supaya cepat temuinya
^^

"Ya Allah sinarilah hatiku dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Penyayang"

Saturday, May 22, 2010

.20 mei.

astaghfirullah al azim..

"tomorrow is a very challenging day for Muslims around the world. because tomorrow on internet, a few non-Muslims organizing a horrible event- Draw MUHAMMAD s.a.w.'s day. As Muslims we have to boycott this event. So tonight at 12am, just log off (if u r barve.. klu x terdesak, tutup je akaun tu^^) from all social sites ~ Orkut, FAcebook, Hi5 & many mores. by doing this these people will face a heavy financial loss, INYSAALLAH. it's time to show our love and respect for our Nabi Muhammad s.a.w"
[abaikan ayat tunggang-langgang tu. sy cuma copy balik dr mesej yg diterima dr seorg shbt]

mungkin agak terlambat untuk saya mengutarakan sebarang komentar tentang isu ini.
namun hati muslim mana yang tidak terkesan bila mana Nabi Muhammad,
nabi kesayangan kita sekali lagi dipermain-mainkan oleh golongan iblis laknatullah itu!

allahu akbar!
allahu akbar!
apa yang nak jadi dengan dunia hari ini?
dari satu ke satu kontroversi yang dikaitkan dengan islam..

bukannya sebelum ini tidak pernah timbul cerita-cerita kurang enak sebegini..
namun,
bila dalam dunia ledakan teknologi globalisasi yang semakin mencabar ini
isu Nabi kita dibangkitkan lagi
rasa geram + marah menguasai diri
tergamak sungguh jahanam itu!
mungkinlah inilah salah satu daripada cara mereka untuk memesongkan aqidah umat Islam yang sedia goyah ini..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
al-baqarah: 120

[pembacaan lanjut boleh rujuk sini, sini, sini dan sini]


*************************************************

ya!
kita semakin jauh dari Pencipta, Ya Khaliq
makin tersasar dari sunnah perjuangan dan pegangan baginda Muhammad s.w.t
mana Al-Quran yang kita kata ia pegangan utama?
mana hidup yang berlandaskan sunnah yang kita agung-agungkan?

sesungguhnya, jiwa boleh mati apabila berjauhan dengan Allah SWT
mungkin jawapan ini akan kelihatan remeh, tetapi untuk manusia yang percaya bahawa akhirat adalah destinasi akhirnya, maka perkara ini akan kelihatan besar.

kita rasa kosong. rasa itu ini adalah palsu. rasa gelap.

itulah dia perasaan orang yang mati jiwanya. mungkin sahaja dia hidup seperti manusia lain, studi macam orang lain, kerja macam orang lain, ada kawan-kawan, ada keluarga, masa hari raya dia gembira, masa terluka dia bersedih. tetapi dia melalui semua itu dengan kekosongan.

sebab jiwanya telah mati.

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.
(Ar Ra’du:28)

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan dalam keadaan Ia redha kepadamu dan engkau redha kepada-Nya, masuklah engkau dalam golongan hamba-Ku, masuklah engkau ke alam syurga-Ku.”
(Al Fajr : 27-30)

*************************************************

ayuh!
bangkitlah mujahidin dan mujahidah Islam sekalian
mari kita perjuangkan agama kita
kembalilah kepada fitrah beragama dan bertuhan
kita masih ada Dia untuk disembah
kita masih ada Dia untuk mengadu
dan masih punya Dia untuk berserah semuanya

sesungguhnya
jari tangan yang menari di papan kekunci ini lebih dekat dengan apa yang dinukilkan di entri kali ini
mungkin agak janggal cara penyampaiannya
terabur gaya penulisannya
dan cara merba tatabahasanya
namun inilah luahan hati seorang insan dari hamba yang kerdil ini
inni akhafullah..

aku mohon Ya Allah!
janganlah engkau ujiku dengan ujian yang berat ini
juga janganlah diuji kepada ahli keluarga dan keturunanku

Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan satu dosa, terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfr, maka bersihlah dirinya dari bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melaksanakan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya. Itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya: Tidak sesekali demikian, sebenarnya apa yang usahakan telah menutup hati mereka[Surah Al-Mutaffifin ayat 14]”
Hadith riwayat Al-Baihaqi

.change.

Ketahuilah, ALLAH tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita berusaha.
ALLAH mengingatkan kita dalam firmanNya,
“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka.”

for things to change you must change first.
so,
"never bored to study since this is the only way you can answer the questions"
ayuk perbetulkan niat studi!
lillahi taala...
jika kamu jaga hal ALLAH, nescaya Dia akan menjaga hak kamu~

Friday, May 21, 2010

.terpendam.


video

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[2:248]

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu."
(Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Thursday, May 20, 2010

.halalkan.

senario ketika nak nek bas
setiap kali balik cuti bermalam dua hari di rumah

"umi, kakak minta maaf. umi halalkan ya semuanya..makan, minum, duit.."

"ya..umi maafkan"

adik-adik:
"eleehh...tiap kali nak pegi sekolah, pandai plak dia mintak maaf. duk umah, bukannya nak tolong umi pun"

senyum sumbing.
ngee~

itulah saya.
pandai plak nak mintak maaf, mintak halal itu ini..
kononnya takut x berkat, x sempat mintak maaf
tapi bila di rumah, x pandai pulak nak amek kesempatan tolong2 umi..
hehehe...^^

namun alhamdulillah,
sehingga ke saat ini,
masih lagi minta kebenaran dengan umi + abah kalu nak wat pape...
especially bila nak keluar dari institut
even kadang-kadang kakak ada gak keluar dulu baru bgtaw...huhu

"saya masih di bawah tanggungjawab mereka.. sehingga diakadkan"
(^,^)

inikan pula bila tyme exam,
minta halal + redha itu sangat-sangatlah
DITUNTUT dan PENTING


kerana
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ke dua ibu bapa

jadi,
di kesempatan yang ada ini,
saya nak minta maaf kepada semua sahabat, cikgu-cikgu
halalkan semua ilmu, makan, minum,
kalu terkurang-terlebih, sama-samalah kita 0 0 ya..

"even if you feel so tired to seek the knowledge keep in your mind that this might be one of our greatest deeds that going to be count during the day of judgment. just imagine, ALLAH is watching you right now and He knows how tired you are, but because of His deen, you keep on moving..."

selamat menduduki peperiksaan untuk semua!

“When you have resolved upon a course of action, put your trust in Allah, Allah loves those who put their trust in Him”
(al-imran:159)

Wednesday, May 19, 2010

.gelincir.


tergelincir aku dari dunia realiti,

bukan sekali bahkan berkali-kali,

tenggelam timbul hanyutam duniawi,

bisakah aku kembali lagi?

orang kata,

peluang itu hanya sekali,

namun Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

tetap memberi peluang lebih dari sekali,

kekadang aku tidak menyedari,

peluang itu kian hilang dek kerana dosa diri,

sempatkah aku merebut peluang terakhir dari ilahi?

dunia fantasiku kian menggamit diri,

ketika hanyut itu,

tiba-tiba kembalinya sinar ukhrawi,

seakan-akan inilah peluang terakhir dari Rabbi,

bisakah aku menggenggamnya seperti bara api?

Ya Allah,

aku malu padaMU,

kuatkanlah diriku Ya Allah,

moga aku tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan alpa,

amin Ya Rabbal A'lamin

Credit to Pemuda Kahfi

Selamat Bermujahadah!!

biarpun kita berada dalam musim peperiksaan,
moga-moga kita tak lupa kepadaNYA yang sentiasa menjadi tempat pergantungan kita

“Allah the Almighty said:

‘I am as My servant thinks I am (1). I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself; and if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assembly better than it. And if he draws near to Me an arm’s length, I draw near to him a fathom’s length. And if he comes to Me walking, I go to him at speed.”

.grateful.


Each Breath
Am I truly grateful for each breath that I take,
For each and every moment that I am awake?
Do I thank ALLAH for my restful sleep,
And for the dreams that cause me to weep?
Am I honestly thankful to the Almighty One,
For the early morning mist, the bright, rising sun?
During Fajr prayer, I use my soft prayer mat,
As Allah’s servant, do I appreciate that?

Throughout the day, do I realize,
That ALLAH, All knowing and the Most Wise,
Gives me what I need and so much more
And that I have so much to be grateful for?

The scent of fresh rain, a small child’s laugh,
My sisters who choose to stand for Islam,
Each piece of fruit, each glass of water,
Brothers protecting their sons and their daughters.

A grandmother’s love, a book of hadith,
The clothes that I wear, the food that I eat.
The book that I should follow, the Holy Quran,
Promoting the good and ending the wrong.

So I must ask myself every beautiful day,
Am I truly grateful for each breath that I take,
For each and every moment that I am awake?
Do I thank ALLAH for my restful sleep,
And for the dreams that cause me to weep?


*Sajak adalah hasil nukilan Fareheen Chowdhury dari website islamway.com

Tuesday, May 18, 2010

.matlamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"sesungguhnya dunia adalah manis menghijau; senang hati melihatya; bahawasanya Allah memilih kamu untuk menguasainya maka Dia sentiasa memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan"
(riwayat Muslim)


ketahuilah matlamat hidup yang sebenarnya hanyalah untuk ALLAH s.w.t dan bukan untuk dunia
dunia hanyalah laluan untuk kembali ke akhirat
kehidupan yang sebenar bukanlah di dunia tetapi di akhirat
dunia merupakan tempat berbakti untuk mencari keredhaan Allah s.w.t
bukan untuk mengumpul dunia dan berbangga-bangga dengannya


ingatlah pesan Rasulullah yang antaranya bermaksud:
"hidup ini ibarat seorang musafir yang singgah di bawah sebatang pokok yang rendang. Pabila tiba masanya dia perlu meneruskan perjalanan"
janganlah kita terus terleka berehat dan bersenang-senang di bawah pokok itu(dunia)

pesona dunia
.inteam.

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan


ayuh!
fastabikul khoirat..

.saturated.

Allah is watching, Malaikat is writing
am I studying or ive been sleeping?

yeah!
otak semakin tepu untuk menghadamkan semua teori falsafah yang ntah pape..
2 3 x duk baca ayat sama
makin banyak diselak muka suratnya,
makin galak plak mata nak tutup..
haishh..
xbleh jadik neh
dah la ada macam-macam falsampah..
makin beku dibuatnya
(>__<)

kekadang timbul satu keraguan..
"kenapa perlu belajar semua teori2 neh?"

"bukannya kena ngaja pun nanti"

dan sumhow,
timbul rasa x ikhlas

"belajar untuk exam"

huh.
cepat-cepat perbetulkan nawaitu
takut nanti tersalah plak

papepun
semoga Allah permudahkan semua urusan
lapangkan segala kekusutan
dan
timbulkan minat yang mendalam dan berpanjangan
mana tahu,
ilmu yang sedang dipelajari neh,
saya boleh jadikan hujah utk menentang dakyah-dakyah pemikiran barat
[tinggi azam neh~]

semoga beroleh keberkatan.
amin.

"ya Allah, jika rezekiku ada di langit,
Engkau turunkanlah ia.
jika rezeki ku ada di bumi,
Engkau keluarkanlah ia.
jika ia jauh denganku,
Engkau dekat-dekatlah ia.
jika ia sudah dekat,
Kau berilah peluang padaku untuk menikmatinya"

Monday, May 17, 2010

.cry.


CAUSE SAD IS A PART OF OUR EMOTION
SO DON'T HIDE IT
JUST LET IT GO
THINGS WE CAN DO IS JUST CONTROL IT
DON'T MAKE SAD EMOTION RUINS OUR LIFE
MAKE IT AS OUR STRENGTH.

"ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"

"dan banyak-banyaklah mengingati Allah supaya kamu memperoleh keberuntungan"

.why.


Why we study?
To get A.

Why we study?
To get high POINTER.

Why we study?
To SHOW OFF.

Why we study?
To get better WORK.

Why we study?
To get MONEY.


Why don't we study,
For ALLAH.

Why don't we study,
For KNOWLEDGE.

Why don't we study,
To help our FAMILY.

WE STUDY LIKE WERE DYING JUST FOR THE SAKE OF A BETTER POINTER.
WHY DON'T WE OPEN OUR MIND AND HEART TO STUDY BECAUSE ALLAH & WANTED TO GET KNOWLEDGE.


DON'T DESPAIR AND NEVER LOOSE HOPE.
CAUSE ALLAH IS ALWAYS BY YOUR SIDE.


GOOD LUCK & ALL THE BEST

.merapu yg amat.
dek kerana


Sunday, May 16, 2010

.16 mei.


sabda Rasulullah s.a.w
sesungguhnya Allah dan seluruh malaikatNya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia
(haids riwayat al-imam at-tirmizi)

With you,
I know what is life means about.

With you,
I know how to live.

With you,
I learn everything.

With you,
I can be a better person.

With you,
Learning is beautiful.

With you,
Learning is fun.

With you,
I learn to live, love and laugh.

Thank you is not an enough word to appreciate you.
Cause your sacrifices are larger than that.
So here the voice from my heart.
I LOVE YOU.

abah+umi
oUr big family yg ada macam-macam jenis guru
cikgu sekolah rendah, menengah
lecturers institut
dan x lupa
kepada semua insan yg bergelar cikgu,
dan mungkin bakal bergelar guru..

SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU!

Saturday, May 15, 2010

.gambatene.


rasanya masih belum terlambat untuk wish gud luck
especially to
abang ufi
for his mid term exams
caiyok!caiyok!

doa
usaha
ikhtiar
tawakal
d.u.i.t

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”

my exam is just around da corner too
mode: sedang tergapai-gapai mencari nota dan rujukan~

Monday, May 10, 2010

.rains.

saya terkesan dengan tazkirah ringkas yg disampikan oleh tuan pengarah sewaktu assembly tadi..
terasa dekat sangat dengan diri ini
ya!
bila direnung-renungkan kembali..
di manakah tahap saya?

tahap pertama.
dapat ilmu. ambil. manfaat dan tempiasnya juga akan diperoleh oleh orang lain.

tahap ke dua.
dapat ilmu. x begitu ambil manfaat tetapi mampu memberi sedikit perkongsian kepada orang lain dengan menyebarkannya.

atau tahap ke tiga.
umpama tanah yang tidak mampu menakung air, x subur + x sihat.
menolak ilmu dan hidayah ALLAH, malah langsung x memberi manfaat kepada orang lain.

Dari Abu Musa ra, dia berkata : Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya perumpamaan ilmu dan hidayah yang aku bawa seperti air hujan yang menimpa bumi. Di antara bumi ini ada yang kelompok yang baik, dia menerima air lalu menumbuhkan rumput yang banyak, di antaranya juga ada yang gersang (cadas), dia bisa menahan (menadah) air, sehingga bisa dimanfaatkan oleh manusia, manusia bisa minum, mengairi (tanaman) dan bisa menggembala. Dan air hujan itu juga mengenai bagian bumi yang lain yaitu lembah yang tidak bisa menahan air dan tidak bisa menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan orang yang paham tentang agama Allah (Islam), dia mendapatkan manfaat dari apa yang aku bawa, dia tahu lalu mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak memperdulikannya sama sekali dan tidak menerima hidayah dari Allah yang aku bawa."
(HR. Bukhari- Muslim)

renung-renungkan dan selamat beramal.

Sunday, May 9, 2010

.my soul.

Sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya,
aku bertanya Rasulullah S.A.W,
siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?
Rasulullah S.A.W menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi selepas itu siapa?
Rasulullah menjawab : Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi, seterusnya siapa?
Rasulullah menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi seterusnya siapa?
Lalu Rasulullah menjawab : Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


selamat hari ummi, ummi!
('^__^')
kakak sayang umi. lots. fillah.

Wednesday, May 5, 2010

.koreksi.

stop and reflect

the best of your moments is the one wherein you witness the existence of your indigence and, through it, arrive at the existence of your lowliness

"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Tuesday, May 4, 2010

.PENDIDIK.

LAWATAN ILMIAH PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM
(PENDIDIK)
23-25 APRIL 2010

wajah-wajah cerita + excited

secerah langit biru itu
yang mengiringi jaulah kami

ke
IPG Kampus Pendidikan Perlis

perkongsian ilmu yang amat bermanfaat

bersama barisan kepimpinan yang mantap

bonus:
ukhwah fillah yang berteraskan aqidah yang satu

tapi,
xsemua perjalanan itu indahkan?

adakah sekelam gua ini?

ataupun semanis senyuman itu?

kemanisan bersahabat itu terasa

sehingga
kami sanggup bersatu + mengumpul duit

untuk menjamu bersama
dan hasilnya..

semanis mempelam harmanis ini!

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

sekalung penghargaan buat:

ustazah zulina dan ustazah shamsinar

yang sudi melayan segala keletah

dan kenakalan kami
xlupa juga...

cik eton

dan cik saiful

yang hemat dan berhati-hati dalam pemanduan
alhamdulillah
kami selamat dengan izinNYA jua..

note: masih digamit memori di sana..^^

Sunday, May 2, 2010

.UAK.

selepas sekian lama meninggalkan blog ni bersawang
tanpa sebarang cerita
saya cuba curi sedikit masa
utk bgtaw yg saya akn exam esok dan lusa!
huhh~

cuak?
x bersedia?

org bleh kata..
"ni baru exam dunia..belum exam akhirat"

bagaimana pula dengan exam harian kita?
malaikat kiri kanan yg mencatat segala amalan
24/7 tanpa henti
tanpa jemu!
x terhitung...

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.

doakan yang terbaik utk saya.
semoga rahmatNYA sentiasa bersama.
amin.

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah aku kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"