Wednesday, June 24, 2009

.1 rejab.

alhamdulillah
insyaAllah pada hari ini 2406, dalam kalendar islam kita telah memasuki bulan Allah, yakni bulan Rejab. Bulan Rejab dijanjikan dengan pelbagai kelebihan kerana bulan ini adalah Bulan Khusus untuk Allah. Bulan Rasulullah yakni Sya’aban akan menyusul pada bulan depan sebelum kita memasuki bulan Umat Rasullah yakni bulan Ramadhan. Jom kita tengok dan hayati kelebihan-kelebihan bulan Rejab dalam kaca mata Islam.

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj [Isnin, 20 Julai 2009] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [24, 25, 26 Jun 2009], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Banyakkanlah berpuasa di bulan Rejab.ikhlaskan diri berpuasa kerana Allah.

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

note: semoga dengan keberkatan bulan rejab ni, purse akan dijumpai...insyaAllah

No comments:

Post a Comment

inspiring words