Friday, September 18, 2009

.rindu.

kedatangannya dinanti...pemergiannya ditangisi

sedih rasanya pabila mengingatkan ramadan tahun ini sudah hampir melabuhkan tirainya. alhamdulillah, hari ni da masuk hari ke 28 dan hanya tinggal satu hari je lagi untuk kita sama-sama berpuasa, tarawih..

perasaan ini memang sukar untuk dimengertikan..
masih terngiang-ngiang pesan seorg ustaz:

"anggaplah ramadan kali ini adalah ramadan terakhir bagi kita."

sempatkah aku menggapai cinta ramadan pada tahun depan?
ya Allah..
terimalah puasaku pada ramadan ini..
solatku, hidupku, matiku,
hanya untukmu Ya Allah

jika Allah membuka hijab pahala ramadan yang berlipat ganda itu
sudah tentu manusia akan berlumba-lumba mengejar segala amalan kebajikan

cuba bayangkan
betapa ar-rahman dan ar-rahimNya Allah itu
pahala amalan sunat dilipat gandakan menjadi amalan wajib
amalan wajib?
subhanallah..
berganda-ganda..
YaAllah
semoga amalanku sepangjang bulan ini
mendapat rahmatMu

bulan puasa merupakan madrasah..
dalam mentarbiyyah diri menjadi seorang muslim yang benar-benar bertakwa
benarlah firman Allah dalam kalamNya
surah al-baqarah ayat 183:

"wahai orang2 yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

bulan ramadan adalah bulan mengekang nafsu
syaitan dah dirantai
tinggal nafsu je lagi yang perlu dikawal
amalan di sebulan pada bulan inilah yang akan kita bawa sebagi bekal pada 11 bulan yang mendatang
jika baik amalannya, inysaAllah juga amalan kita
jika buruk amalannya...
nauzubillah..

di kesempatan yang ada ini,
rebutlah peluang yang ada
gapailah ia sebelum terlambat
selagi hayat belum diambilnya
selagi kudrat masih kuat
masih belum terlambat untuk bertaubat padaNya

berdoalah

dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang2 yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina"
-al mu'min:60

*****************************************************************************************

home sweet home~~

ill be returning home tomorrow monin
pliss pray 4 my safe journey

insyaAllah^^

No comments:

Post a Comment

inspiring words